Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah menunjukkan komitmen, integriti dan dedikasi yang tinggi dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

Hari Pekerja adalah simbol pengiktirafan kepada usaha gigih anda semua yang menjadi tunjang kepada kemajuan dan kejayaan organisasi ini.

Terima kasih atas sumbangan berterusan anda. Bersama, kita terus melangkah maju dengan semangat profesionalisme dan kecemerlangan.