SEPATAH KATA

PERUTUSAN
YB PEGAWAI KEWANGAN
NEGERI KEDAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih.

Saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung laman web rasmi Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah.

Sebagai menyahut seruan Kerajaan dalam melaksana dan mengembangkan aplikasi elektronik dalam pentadbiran Kerajaan maka laman web ini dibangunkan bertujuan sebagai saluran dan menjadi jambatan penghubung kepada komuniti dan orang awam dengan agensi Kerajaan terutama bagi urusan-urusan yang melibatkan aplikasi online dan juga sebagai sumber rujukan utama.

Sebagai satu komponen dalam mewujudkan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan laman web ini menyediakan pelbagai maklumat dan informasi berkenaan arahan-arahan Kerajaan, pekeliling-pekeliling Perbendaharaan, program-program anjuran jabatan ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan untuk rujukan agensi-agensi Kerajaan dan juga orang awam.

Saya juga mengalu-alukan pertanyaan, pendapat serta cadangan terhadap jabatan ini di dalam usaha penambahbaikan berterusan terutama pada aspek Sistem Penyampaian dan Pembangunan Modal Insan untuk melahirkan sebuah jabatan yang mampu berdaya saing dalam menempuh cabaran dan kehendak Negara dan komuniti.

Sehubungan itu, adalah menjadi harapan saya laman web ini akan memberi manfaat kepada semua, saya juga mengharapkan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah dapat melangkah lebih jauh ke hadapan di dalam era media elektronik khususnya.

Selamat melayari Laman Web Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian.

YANG BERHORMAT DATO’ WIRA HAJI SYED KHAIROL ANUAR BIN SYED ABIDIN

DGWK., DSDK, SDK., AMK., BCK., ASK.

PEGAWAI KEWANGAN
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Untuk menjadi sebuah agensi pengurusan kewangan dan perakaunan sektor awam yang unggul.

Memaksimumkan hasil dan mengoptimumkan perbelanjaan bagi meningkatkan pembangunan negeri dan kesejahteraaan rakyat melalui kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan negeri.

Memastikan Dasar Pengurusan Kewangan Negeri Kedah dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi peraturan kewangan semasa meliputi pengurusan belanjawan, pelaburan, hasil dan perolehan.

Memastikan Operasi Pengurusan Perakaunan Negeri Kedah mematuhi tatacara kewangan yang berkuatkuasa meliputi perkhidmatan dan operasi perakaunan, naziran dan khidmat perundingan, perakaunan dan pengurusan kewangan serta pengurusan dana dan terimaan

Visi Jabatan

Untuk menjadi sebuah agensi pengurusan kewangan dan perakaunan sektor awam yang unggul.

Misi Jabatan

Memaksimumkan hasil dan mengoptimumkan perbelanjaan bagi meningkatkan pembangunan negeri dan kesejahteraaan rakyat melalui kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan negeri..

Objektif Jabatan

Memastikan Dasar Pengurusan Kewangan Negeri Kedah dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi peraturan kewangan semasa meliputi pengurusan belanjawan, pelaburan, hasil dan perolehan. Memastikan Operasi Pengurusan Perakaunan Negeri Kedah mematuhi tatacara kewangan yang berkuatkuasa meliputi perkhidmatan dan operasi perakaunan, naziran dan khidmat perundingan, perakaunan dan pengurusan kewangan serta pengurusan dana dan terimaan
Testimonial

It’s always a joy to hear that the work we do, has positively reviews.

We have spent 9 years working for one of Australia’s most recognised and successful retailers so we have many good review of works.