Bunga melur di tepi bendang,
Angin sepoi menyapa desa,
Pengurusan kewangan dijaga gemilang,
Amanah dipikul penuh setia.

Pergi ke pekan membeli ketupat,
Singgah sebentar di Kota Setar,
Perbendaharaan negeri cekap dan tepat,
Menyusun belanja penuh telus dan benar.

Bulan Syawal menjelma sudah,
Maaf dipohon zahir dan batin,
Warga kewangan Negeri Kedah,
Terus cemerlang berkhidmat prihatin.

Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin buat seluruh umat islam seluruh dunia..