Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa atas pelantikan sebagai Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa amatlah dialu-alukan dan akan membawa aspirasi baharu serta kepimpinan yang berwibawa dalam memperkukuh lagi pengurusan kewangan negeri.

Dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki, adalah menjadi harapan agar Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa dapat meneruskan kecemerlangan serta memacu pentadbiran Pejabat Kewangan Negeri Kedah ke tahap yang lebih cemerlang.

Seluruh warga kerja Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan akan memberikan sokongan padu dalam merealisasi visi dan misi jabatan.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas.