
πππππππ πππππππ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datoβ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin atas segala jasa, bakti dan sumbangan sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam Negeri Kedah.
Sepanjang tempoh 33 tahun 11 bulan 5 hari perkhidmatan, beliau telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan kepimpinan yang cemerlang dalam memacu kecemerlangan pentadbiran negeri.
Sepanjang berkhidmat di Pejabat Kewangan Negeri Kedah selama 2 tahun 5 bulan 24 hari (26 September 2023 hingga 22 Mac 2026), pelbagai sumbangan telah dicurahkan dalam memperkukuhkan pengurusan kewangan negeri.
Segala jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja.
Selamat bersara dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
Jasa dikenang, budi disanjung.


