
Warga Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Noor Shaadah Binti Ahmad atas segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bermula 15 Mei 2019 hingga 9 Jun 2026.
Sepanjang berkhidmat, beliau telah memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan negeri, khususnya menerusi penglibatan dalam Unit Belanjawan, MARRIS serta penyediaan Bajet Kerajaan Negeri. Dengan pengalaman, kepakaran dan kepimpinan yang dimiliki, beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam memperkukuhkan pengurusan kewangan negeri.
Sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, jasa dan bakti yang dicurahkan akan sentiasa dikenang serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pejabat.
Tahniah juga diucapkan atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu. Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kebolehan, pengalaman serta kecemerlangan beliau dalam perkhidmatan awam. Diyakini bahawa dengan kewibawaan dan dedikasi yang dimiliki, beliau akan terus melakar kejayaan serta membawa kecemerlangan dalam menerajui pentadbiran daerah.
Semoga Puan Noor Shaadah terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta mencapai lebih banyak kejayaan dalam amanah baharu yang dipikul.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Selamat maju jaya dan terus cemerlang dalam perkhidmatan.


