SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€

Selamat Hari Wanita Sedunia diucapkan kepada seluruh wanita di Malaysia.

Tema sambutan insan istimewa ini di Malaysia pada tahun 2024 adalah ๐˜ž๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‹๐˜ช๐˜ซ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ.

Ucapan ikhlas daripada Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan seluruh Warga Kerja Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman.

MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE FASA 1 NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2024 – HARI KEDUA

Hasil lensa bagi Majlis Cabutan Kerja Undi (MCKU) Secara Online Fasa 1 Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024 yang diadakan di Studio 256GB, Bahagian Teknologi Maklumat Kedah, Wisma Darul Aman.

Majlis dimulai dengan cabutan kerja undi oleh Menteri Besar Kedah; Datoโ€™ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bagi daerah Kota Setar.

Untuk makluman semua, sebanyak 7 daerah dan 1 bahagian JKR Elektrik terlibat pada majlis hari ini iaitu :

1. Yan sebanyak 28 Kerja Undi berjumlah RM3,013,529.87
2. Pokok Sena sebanyak 20 Kerja Undi berjumlah RM2,934,880.00
3. Padang Terap sebanyak 24 Kerja Undi berjumlah RM2,585,500.00
4. Baling sebanyak 24 Kerja Undi berjumlah RM3,124,420.30
5. Kulim sebanyak 46 Kerja Undi berjumlah RM5,125,388.20
6. Bandar Baharu sebanyak 22 Kerja Undi berjumlah RM2,285,471.00
7. Kubang Pasu sebanyak 26 Kerja Undi berjumlah RM3,749,000.00
8. JKR Elektrik sebanyak 19 Kerja Undi berjumlah RM3,010,000.00

Kesemua projek yang dicabut pada hari ini anggaran berjumlah RM47,424,330.00

Turut hadir sama bagi menyempurnakan majlis ini adalah dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Kedah bagi sesi cabutan JKR Elektrik.

Untuk mengetahui keputusan cabutan pada hari ini boleh lihat di laman sesawang https://idaftar.kedah.gov.my/

Tahniah kepada kontraktor yang berjaya. Semoga kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan dengan penuh integriti dan dengan jayanya.

MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE FASA 1 NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2024 – HARI PERTAMA

Hasil lensa bagi Majlis Cabutan Kerja Undi (MCKU) Secara Online Fasa 1 Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024 yang diadakan di Studio 256GB, Bahagian Teknologi Maklumat Kedah, Wisma Darul Aman.

Majlis dimulai dengan cabutan kerja undi oleh Menteri Besar Kedah; Datoโ€™ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bagi daerah Kota Setar.

Untuk makluman semua, sebanyak 5 daerah terlibat pada majlis hari ini iaitu daerah :

1. Kota Setar sebanyak 41 Kerja Undi berjumlah RM4,856,224.00
2. Sik sebanyak 27 Kerja Undi berjumlah RM2,487,602.75
3. Kuala Muda sebanyak 67 Kerja Undi berjumlah RM9,018,964.00
4. Langkawi sebanyak 27 Kerja Undi berjumlah RM3,276,300.30
5. Pendang sebanyak 17 Kerja Undi berjumlah RM1,957,050.00

Bagi mengetahui keputusan cabutan pada hari ini boleh lihat di laman sesawang https://idaftar.kedah.gov.my/

Tahniah kepada kontraktor yang berjaya. Kepada yang berjaya, semoga kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Jangan lupa untuk menonton MCKU bagi hari kedua iaitu esok (3 Mac 2024) secara langsung di laman sesawang Facebook Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin
D.K., D.M.K., D.S.D.K., S.S.S.

RAJA MUDA KEDAH

Pada

2 Mac 2024 (Sabtu)
Bersamaan 21 Syaaban 1445H

Sembah Takzim Daripada Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan seluruh Warga Kerja Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman.