MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE FASA 1 NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2024 – HARI KEDUA

Hasil lensa bagi Majlis Cabutan Kerja Undi (MCKU) Secara Online Fasa 1 Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024 yang diadakan di Studio 256GB, Bahagian Teknologi Maklumat Kedah, Wisma Darul Aman.

Majlis dimulai dengan cabutan kerja undi oleh Menteri Besar Kedah; Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bagi daerah Kota Setar.

Untuk makluman semua, sebanyak 7 daerah dan 1 bahagian JKR Elektrik terlibat pada majlis hari ini iaitu :

1. Yan sebanyak 28 Kerja Undi berjumlah RM3,013,529.87
2. Pokok Sena sebanyak 20 Kerja Undi berjumlah RM2,934,880.00
3. Padang Terap sebanyak 24 Kerja Undi berjumlah RM2,585,500.00
4. Baling sebanyak 24 Kerja Undi berjumlah RM3,124,420.30
5. Kulim sebanyak 46 Kerja Undi berjumlah RM5,125,388.20
6. Bandar Baharu sebanyak 22 Kerja Undi berjumlah RM2,285,471.00
7. Kubang Pasu sebanyak 26 Kerja Undi berjumlah RM3,749,000.00
8. JKR Elektrik sebanyak 19 Kerja Undi berjumlah RM3,010,000.00

Kesemua projek yang dicabut pada hari ini anggaran berjumlah RM47,424,330.00

Turut hadir sama bagi menyempurnakan majlis ini adalah dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Kedah bagi sesi cabutan JKR Elektrik.

Untuk mengetahui keputusan cabutan pada hari ini boleh lihat di laman sesawang https://idaftar.kedah.gov.my/

Tahniah kepada kontraktor yang berjaya. Semoga kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan dengan penuh integriti dan dengan jayanya.

Tags: No tags