𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π˜π€ππ† ππ„π‘π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π“πŽ’ πŠπ„π–π€ππ†π€π ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ πŒπ”πƒπ€

πŸ“† 02 Mei 2024 | Khamis

⏳ 2.30PM – 4.45PM

🌐 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda

Hasil lensa bagi Lawatan Kerja YB PKN ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda yang berlansung pada hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Kedah telah membincangkan berkenaan prestasi terimaan hasil tahun 2024, langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan tunggakan hasil tahun 2023 dan Pra Bajet tahun 2025.

Usai mesyuarat yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan hasil Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri menyampaikan sijil penghargaan kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kutipan hasil tahun 2023 yang telah melebihi anggaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda diatas prestasi cemerlang berikut.

#kedahdarulaman#KedahSejahteraNikmatUntukSemua#PKPK#lawatankerja#PKPK#ybpkn

Tags: No tags