02 Mei 2024 | Khamis
10.00AM – 12.30PM
Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim
Hasil lensa bagi Lawatan Kerja YB PKN ke Pejabat Daerah dan Tanah Kulim yang berlansung pada hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Kedah telah membincangkan berkenaan prestasi terimaan hasil tahun 2024, langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan tunggakan hasil tahun 2023 dan Pra Bajet tahun 2025.
Usai mesyuarat yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan hasil Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri menyampaikan sijil penghargaan kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kutipan hasil tahun 2023 yang telah melebihi anggaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.
Tahniah diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kulim diatas prestasi cemerlang berikut.
#kedahdarulaman #KedahSejahteraNikmatUntukSemua #PKPK #lawatankerja #PKPK #ybpkn